Caramel custard puddings always bring back my memories of childhood. Mak Ndak pakar puding ni didalam keluarga kami. Tapi puding karamel Mak Ndak adalah versi baked. Sangat wangi dan pastinya sedap!
Saya cuba resipi ni buat kali pertama during my late teens. Percubaan tak berjaya. Saya tak pandai nak agak bila atau bagaimana nak tahu puding tu dah masak. Hasilnya puding liat yang sungguh tak menyelerakan, yang telah di steam-baked lebih daripada 2 jam. Sebenarnya nak masak puding ni menggunakan oven makan masa lebih kurang 45 min sahaja. Kuang kuang kuang...
Resepi yang saya nak share disini adalah resipi foolproof yang saya olah daripada resipi Mak Ndak, peminat-peminat puding karamel diluar sana bolehlah mencubanya!
(Makes 20 4oz microwaveable pudding cups)
Custard:
8 biji telur (grade A)
1 tin susu cair Ideal
2 tin air
1/2 cawan gula
1 penutup esen vanilla
Gula Caramel (Hangus):
1/2 cawan gula
1/4 cawan air
Cara-caranya:
Pukul semua bahan custard dengan mixer, memadai hingga sekata sahaja. Ketepikan sebentar. Masakkan gula hangus, drop about 1/4 teaspoonfuls of the caramel sugar into the 4oz pudding container. Tuangkan custard ke atas gula hangus tadi. Tutupkan bekas. Pastikan air didalam kukus menggelegak sebelum mengukus. Kukus antara 15 - 20 min bergantung kepada saiz periuk kukus anda. Lebih besar, lebih lama. Cuba untuk tidak membuka tudung periuk kukus terlalu kerap. Puding tidak akan mengeras apabila ini berlaku. Sejukkan semalaman, hidang semasa sejuk.
Walaupun ia tak dapat menandingi puding karamel Mak Ndak yang di steam-bake, ianya cukup untuk mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak saya sewaktu menikmatinya. Anak saya Imran suka sangat puding ni, once in a while I will make some for him, just because I love to see his little face brighten up when he opens the fridge door!

No comments:
Post a Comment