Monday, July 23, 2012

I Dreamt of Apple Galette & Sweet Potato and Leek Quiche

Bulan puasa! Sepatutnya saya boleh menguruskan badan di bulan Ramadhan. Tapi lain pulak jadinya! Bulan puasa kali ni semangat untuk experiment resipi-resipi baru membuak-buak. Mungkin kerana kali ni saya bercuti. Bulan Ramadhan jatuh di penghujung cuti maternity saya.

Setiap tahun bila tiba sahaja bulan puasa, saya akan sibuk menyiapkan tempahan Chocolate Chip Cookies dan Kek Buah Kukus. Mula daripada tahun lepas saya tidak lagi membuat Kek Lapis Betawi, takhta itu diberikan kepada adik, Elin yang mengusahakan Elin Home Bake. Dia lebih otai daripada saya dalam bab kek lapis. Jadi tempahan untuk kek lapis akan saya pass kepada Elin. Malangnya tahun ni, Elin tak dapat buatkan kek lapis atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Too bad, kerana ramai juga customer yang bertanya...

Berbalik kepada kisah experiment saya, at the moment I am so head over heels about GALETTE! It's so simple to make yet delicious! Sejak saya terserempak dengan resipi tu, saya dah buat 2 kali dalam masa seminggu. Galette adalah adik beradik pie, cuma ia lebih ringkas dan rustic. Galette ni permukaannya melopong, tak perlu ditutup dengan selapis pastry seperti pie. Asalnya dari France, ia adalah pie buah-buahan yang biasanya dihidangkan di kampung-kampung oleh para petani. Galette yang saya buat adalah Apple Galette, next I want to try and make Strawberry and Blueberry Galette pulak.


Resipinya saya dapati daripada rangkaian resipi Jacques Pepin di  http://www.foodandwine.com/recipes/country-apple-galette, jika anda mencuba resipi ini, anda pasti akan jatuh cinta seperti saya! Kerana ianya unbelievably simple and you can prepare the pastry ahead. Masa sangat limited untuk saya dibulan puasa, kerana saya akan sibuk dengan Choc Chip Cookies dari selepas subuh hingga ke petang. Jadi apa yang saya lakukan ialah, first thing in the morning before I start with the cookies, I'll mix the shortcrust pastry. Bila dah siap, pat them into a disc and wrap with clingwrap. Simpan dalam fridge hinggalah ia diperlukan. Apa yang saya suka about this pastry is, ianya tak memuakkan seperti shorcrust pastry lain, very crispy dan boleh digunakan untuk quiches, pies atau tarts juga.

Dengan resipi pastry yang sama, I also did a Sweet Potato and Leek Quiche, improvisation from a cooking show I saw on AFC, "Dish with Vivian" or something like that. Bahan-bahan untuk custard-nya saya campak-campak je (diolah dari resipi Mushroom Tuna Quiche kesukaan saya). Please find the recipe for the filling as follows:

3 batang leek (kalau boleh cari yang besar, ambil bahagian putih sahaja, hiris kasar dan cerai-ceraikan)
1 biji keledek merah (seketul kecil pun cukup)
3 biji telur
1 cawan (250ml) susu segar
1/2 cawan (125ml) cream
2 keping Kraft cheese
1 cmb tepung gandum
garam dan lada hitam secukup rasa

Cara-caranya:
Panaskan kuali, tuang sedikit minyak zaiton dan tumiskan leek yang telah dihiris tadi hingga lembut. Tak perlu hingga garing atau wangi. Janji dah lembut, angkat.

Kukuskan keledek yang telah dipotong cube, hingga hampir lembut. Jangan terlalu lembut, ia mudah hancur during handling.

Prepare pastry macam biasa, canai dan "bentang" ke dalam pie dish. Kemaskan tepi-tepinya, cucuk berapa kali di tengah-tengah pastry dengan garfu. Ini adalah supaya pastry tidak menggelembung semasa membakar dan juga cepat masak. Blind-bake selama 15 min dalam api 180 darjah celsius, keluarkan kekacang/beras, bakar lagi selama 10 min. Ratakan leek tadi, kemudian taburkan cheese yang teah dicarik-carik. On top of the cheese, tabur keledek dengan rata.

Saya gunakan blender sahaja untuk menyediakan custard-nya. Telur, tepung, susu dan cream, bersama salt and pepper di blend hingga sekata. Tak perlu hingga berbuih, nanti tak cantik permukaan quiche kita. Kemudian tuangkan sahaja custard mix ini ke atas keledek, cheese dan leeks tadi. Bakar hingga kekuningan lebih kurang 20 min. And voila! Beginilah hasilnya. Beautiful savoury quiche for berbuka!



No comments:

Post a Comment